Friday, 13 August 2021

SALAM PAGI JUMAAT

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa pagi Jumaat

ُِSalam pagi Jumaat

13 Ogos 2021

04 Muharam 1442

                                

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon permudahkanlah segala urusan hidup kami, urusan hidup dunia dan juga urusan hidup kami diakhirat nanti.Jadikan lah kami umat yang selalu bersyukur atas segala pemberianMu.


Ya Allah sihatkan tubuh badan kami dan jauhkan kami dari penyakit maha bahaya.


Ya Allah jadikanlan tahun 2021 ini terbaik untuk kami semua Ya Allah.


Ya Allah selamatkan kami dari api neraka dan masuk kami ke Syurga Firdaus Mu.


Ya Allah masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan orang2 yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


Ya Allah, kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. 


Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadat kami. Selamatkan kami daripada kejahatan dan izinkan kami menyempurnakan sebahagian daripada agama kami.


Ya Allah terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmatMu untuk kami.


Ya Allah padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya.


Ya Allah limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.


Ya Allah kurniakan kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


Ya Allah, masukkan kami dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


Ya Allah, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud pada Mu dengan mudah sehingga akhir hayat kami.


َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ


Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami,dosa pasangan hidup kami,dosa anak2 kami, dosa kaum keluarga kami, dosa guru-guru kami,dosa sahabat-sahabat kami serta dosa sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 


Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.


Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 


Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

 

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ


Sila share.

No comments:

Post a Comment

P2 - TRIP to DUBAI, UAE

 Breakfast at    Saravanaa Bhavan, Karama, Dubai Dinner at Masala  Bab Al Shams Desert Resort Al Sarab Rooftop Lounge at Bab Al SHams Desser...